• UTAMA
  • Store
  • Blog
  • PRODUK
    • Layout 1
  • HUBUNGI KAMI
  • TENTANG KAMI
0173792010

tentang kami

Pengembaraan kami bermula dengan menyertai program SayleadPro Malaysia 2022. Lukman Hakim pengasas kami, telah mereka produk yang menggabungkan citarasa klasik dengan kaedah memasak kontemporari.
Matlamat utama kami adalah untuk menghasilkan produk yang bukan sahaja memuaskan deria rasa, tetapi juga memberikan kegembiraan sebenar kepada pelanggan kami. Kami berbangga dengan standard tinggi yang kami tetapkan serta usaha berterusan untuk mencapai penambahbaikan.

Di selera hakim, Kami komited kepada kecemerlangan, inovasi, dan kreativiti dalam setiap tindakan kami.

tentang pengasas

Lukman Hakim merupakan pengasas Buah Melaka Expert, serta pemilik Selera Hakim, sebuah perniagaan yang kian berkembang pesat. Beliau bukan sahaja seorang usahawan muda yang kreatif, tetapi juga telah mencipta nama sebagai salah seorang peserta Top 30 SayleadPro Malaysia 2022, di mana beliau menerima geran perniagaan yang berprestij yang disempurnakan oleh DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.
Memulakan perniagaannya seawal usia 22 tahun, Lukman Hakim dengan bantuan Ibu memulakan langkah pertamanya dengan menjual kuih Buah Melaka, menghantar ke kedai-kedai serta bazar Ramadhan. Kecekalan dan komitmennya membuahkan hasil apabila beliau mula menerima tempahan besar untuk majlis-majlis istimewa, menunjukkan potensi perniagaan yang luar biasa.
Kini, Lukman Hakim terus melangkah lebih jauh dengan memperluaskan rangkaian produknya, sambil menanam impian besar untuk membawa Selera Hakim ke tahap yang lebih tinggi dalam industri makanan. Keazaman dan semangat beliau menjadi inspirasi kepada ramai, dan pastinya perniagaannya akan terus maju dan berjaya di masa hadapan. InsyaAllah.

lautan rasa

Selamilah simfoni rasa yang unik, disusun dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang. Setiap hidangan adalah sebuah karya agung, dihasilkan dengan penjagaan kebersihan, kehalalan, serta menggunakan bahan-bahan terbaik demi kepuasan anda.
misi
Misi kami adalah untuk menyediakan hidangan yang lazat, unik, bersih, dan halal dengan sepenuh kasih sayang dan keikhlasan, agar setiap pelanggan dapat merasai kualiti dan dedikasi yang kami curahkan dalam setiap sajian. Kami komited untuk memberikan pengalaman rasa yang memuaskan, memenuhi piawaian halal, dan menghadirkan kelazatan yang sejati.
visi
Visi kami adalah untuk memperluaskan rangkaian produk, mencapai kecemerlangan dalam industri makanan, serta membuka peluang pekerjaan, terutamanya kepada golongan OKU dan ibu tunggal. Kami beraspirasi untuk menjadi sumber inspirasi kepada masyarakat ramai.
lihat produk
HUBUNGI KAMI
60173792010ctummuhakim@gmail.com
ikuti kami
lokasi
Pandan Jaya 55100 Kuala Lumpur
Copyright © 2024. All rights reserved.

We use cookies to enable essential functionality on our website, and analyze website traffic. By clicking Accept you consent to our use of cookies. Read about how we use cookies.

Your Cookie Settings

We use cookies to enable essential functionality on our website, and analyze website traffic. Read about how we use cookies.

Cookie Categories
Essential

These cookies are strictly necessary to provide you with services available through our websites. You cannot refuse these cookies without impacting how our websites function. You can block or delete them by changing your browser settings, as described under the heading "Managing cookies" in the Privacy and Cookies Policy.

Analytics

These cookies collect information that is used in aggregate form to help us understand how our websites are being used or how effective our marketing campaigns are.